Friday, July 2, 2010

SAHABAT = FRIENDSHIP


Kawan...




Kata mak

KAWAN itu ibarat lebah,

habis madu sepah dibuang...



kata abah

KAWAN itu umpama bunga ros

dpandang cantik dipegang sakit....



kata atuk

KAWAN itu ibarat air

terus mengalir..



kata nenek

KAWAN itu bak bulan

dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana...



kata sedara

KAWAN itu macam makanan

kawan makan kawan



kata abang

KAWAN tu seperti lembu

mengikut apa saja dikata...

kata kakak

KAWAN tu tak ubah durian

bau busuk tapi sedap dimakan...



kata adik

KAWAN tu macam biskut

sekejap ada sekejap tak de...



kata AKU

KAWAN tu tak kisahlah camane pun....



walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN DAN MACAM BISKUT!!!!



Walaupun dia tunjuk muka pada aku masa dia susah je...



Walaupun dia selalu kata sibut + tak de masa untuk aku....



Walaupun dia hanya cari aku bila dia tak kawan lain....



Walaupun kadang2 aku terpaksa ingatkan dia supaya dia sedar kewujudan AKU...



Walaupun aku pernah kecil hati dan sedih kerana tak diperdulikan



tapi tak pelah...



dia tetap KAWAN aku...

tau tak sebab apa!!!!

sekali aku dah kawan dengan dia

selamanya dia tetap SAHABAT aku walaupun pada dia, aku hanya KAWAN....

my music = my soul