Wednesday, July 7, 2010

Sedikit Renungan dicelah KESIBUKAN KITA SETIAP HARI!



Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan


anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera.

Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di

tempat letak kereta.

Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke

tempat yang jauh dari anak-anak anda.



Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian

sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh

membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa

pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya

racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk

ke dalam mata boleh menyebabkan buta.



Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun

yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang

anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.



Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan

serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian

kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan

saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini

segera.



Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai

pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan

Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau

selalu diletak di kawasan taman awam.



Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan

diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food

poisoning".



Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan

nyawa seseorang.



Wasallam

my music = my soul